Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan tugasnya hari ini dari bilik Presiden di Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO dengan disambut oleh para kakitangan yang telah sedia menunggu.
Datuk Seri Najib yang dijangka akan menghabiskan masanya seharian di sini turut mengunjungi Galeri UMNO dan Kafe Merdeka di aras 4 sebelum memasuki pejabatnya di aras 39.
Turut bersama mengiringi beliau Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Pergerakan Pemuda, Saudara Khairy Jamaluddin selain Exco bagi pergerakan sayap terbabit.
Baca Lagi »
Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.
Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:
1. Persidangan Tahunan Cawangan 2009
1.1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.
1.2. Cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2008 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunannya untuk tahun 2009.
Baca Lagi »
Kuala Lumpur, 29 April - ‘Lidi sebatang rapuh nan patah, bila segumpal padulah ia’, simpulan bahasa yang harus dihayati oleh setiap ahli di dalam UMNO sama ada di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin-pemimpin parti.
Peringatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO seharusnya perlu dijadikan sebagai sebuah parti yang bersifat inklusif yang membuka seluas-luas pintu untuk segenap lapisan rakyat perlu dihayati oleh semua terutama pemimpin-pemimpin parti.
Baca Lagi »
KUALA LUMPUR, 28 April – Penasihat Undang-undang UMNO/ Ketua Pasukan Undang-undang, Datuk Hafarizam Harun mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan kedudukan krisis politik Negeri Perak berhubung dengan persidangan Dewan Negeri yang akan berlangsung pada 7 Mei akan datang.
KENYATAAN RASMI
1. Rujukan Sivil No. 06-03-2009 (A)
Baca Lagi »
Pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai perubahan pada pucuk pimpinan parti di peringkat negeri merupakan satu tindakan yang dipercayai dan diyakini mampu membawa UMNO ke era yang lebih gemilang.
Pada sidang media sebaik selepas mesyuarat Majlis Tertinggi pada Jumaat lepas yang dipengerusikan buat pertama kalinya setelah dinobatkan ke jawatan tersebut pada hujung Mac lalu, beliau telah mengumumkan selain pelantikan jawatan pegawai dan MT tambahan, turut dinamakan beberapa perubahan pemimpin parti di peringkat negeri.
Baca Lagi »